CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 9, 2008

TEKNOLOGI TANAMAN TERBARU....sEjRaHnYa

SEJARAH....




Fertigasi: Maksud sebenar dalam sains pertanian “Cara Pemberian Makanan Kepada Tanaman”
Fertigasi Autopot bermaksud “ Kaedah terkini,iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrient diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan)”
Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation.Sistem Fertigasi iaiah satu daripada adalah cabang hairoponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro,hidropinik Aliran Dalam,hidroponik Aliran Cetek,hidroponik static,Aeroponik dan Pemercik Mikro. Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon,cili sayur strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat saperti pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah. Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 – RM 180,000 untuk kawasan seluas satu ekar.Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman diatas kawasan terbuka.Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun.Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah tanaman jenis Rock Melon,Chili, Dan Tomato kerana seiring dengan keadaan harga pasaranya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun. Timun jepun, Terung, Kacang Bendi, Kacang Panjang, Peria, Petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.
KELEBIHAN FETERGASI
1. Tanaman dapat dilindungi daripada hujan lebat yang boleh menyebabkan kerosakan fizikal pokok.


2. Penyakit yang biasanya merebak pada musim hujan saperti penyakit hawar (Phytophthora infestans)
pada tomato dapat dikawal.


3. Keberkesanan baja,kawalan racun perosak dan penyakit dapat ditingkatkan dengan berkesan.


4 Tenaga pekerja dapat digunakan dengan sepenuhnya walau pun pada musim hujan.


5 Mengurangkan kepanasan cahaya terik matahari pada kadar 20-30% dan ini menggalakkan pertumbuhan tanaman


6 Tanaman yang ditanamam dapat mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi sehingga 2-5 kali.

0 comments: