CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 14, 2008

Let kN0w ab0ut Us....

NOR AZIZAH ABDULLAH

  • 19 thn
  • 070577(dUus 3c)
  • 28 december 1989
  • h0spital baling,kedah
  • lawyer
  • membaca n0vel
  • pelajar
  • misSion...tegakan keadilan...!!
  • ank b0ngsu dari 6 adk beradik
  • Kg Charuk Kangar , 09200 Kupang , Baling kedah
  • kAta2 SeMangAt==xSenang Nak Jadi SenAng,xSusAH nAk Jadi SusAH...:)

BINTUL KHOMEINI AMIZAH HAMZAH

  • 19 thn
  • 070377
  • 8 jun 1989
  • Hospital besar Melaka
  • lawyer/kaunselor
  • mengumpul tiket
  • pelajar (singLe but NOT available..:p)
  • miSSi0n...mAjulah kEhadapan & CapaiLah seGaLa imPian yg di Impikan...!!
  • adk beRadik 7 oRang(5 Gurlzz 2 boYzz)
  • Lot 354-1 BT 2 1/2 , SemabOk , 75050 Melaka
  • KaTa2 SeMANgAT==gaGal SeKArang xBermaknA GAGAL sELama2 nYa ..''Agi IdUp Agi NgelabaN..!!!

UMMU UMMARAH ABDUL RAHMAN

  • 19 thn
  • 070390
  • 14 Jun 1989
  • Hospital Melaka
  • Lawyer
  • Dengar nasyid
  • Pelajar
  • miSSi0n....Menegakkan ISLam daN kEbenarAn
  • adk Bradik 2 org
  • BT 18 3/4 Kg Paya Rumput Masid Tanah 78300 Masjid tanah , Melaka
  • KaTa2 SemANgAT==bERjihad Ke ARAH kEBenaran dLm sUma PerkaRa dEmi KeJAyaan DuniA dan AkhiRAT...

WAN NOR ATIKHA WAN KAMALUDIN

  • 19 thn
  • 070621
  • 28 jun 1989
  • HospitaL bEsar KUaLa LumPur
  • Pendidik
  • MengUmpUL kOmik
  • pELajar
  • miSsiOn...bErjaya dUniA akHirat...
  • aNk ke 3 dari 4 adk Beradik
  • 58 Tmn Cahaya , 05350 Hutan kAMpUng , ALor SeTAR kEDAH.
  • KaTA2 sEMangAT==bErJUaNG sELagi bOLeh...!!!

Sunday, October 12, 2008

MANUAL KIT FERTIGASI

Sistem tanaman secara fertigasi merupakan kaedah terbaru dalam pertanian. Terdapat manual untuk menanam yang boleh digunapakai iaitu Manual kit fertigasi perak, hijau dan Am.

1. Kit Fertigasi Perak ( 10 beg) Kit Fertigasi ini mengandungi :
- 10 helai Polibeg Putih 16x16cm
- 10 unit Pen Penitis 4/6mm (Pen Dripper)
- 5 unit Penyambung Tee Mikro 4/6mm (Joiner Micro Tee)
- 7.5m Tiub Poli 4/6mm (PolyTube)
- 10m Tiub Poli 16mm (PolyTube)
- 1 unit Injap 16mm (Quick Action Valve)
- 1 unit Pam Mini
- 1 set Baja (Organik atau Komposit)
- 1 set Bahan Kawalan Serangga Mesra A/am (DIPEL atau Ekstrak Neem/
Semambu)
- 2 jenis Biji Benih
- Peralatan Asas, seperti penebuk lubang dan lain-lain (Basic Tools)
- Manual kaedah pemasangan dan penjagaan Sistem Fertigasi

2. Kit Fertigasi Hi jau ( 10 beg) Kit Fertigasi ini mengandungi :
- 10 helai Po/ibeg Putih 16x16cm
- 10 unit Pen Penitis 4/6mm (Pen Dripper)
- 5 unit Penyambung Tee Mikro 4/6mm (Joiner Micro Tee)
- 7.5m Tiub Poli 4/6mm (PolyTube)
- 10m Tiub Poli 16mm (PolyTube)
- 1 unit Injap 16mm (Quick Action Valve)
- 1 set Baja (Organik atau Komposit)
- 1 set Bahan Kawalan Serangga Mesra Alam (DIPEL atau Ekstrak Neem/
Semambu)
- 2 jenis Biji Benih
- Peralatan Asas, seperti penebuk /ubang dan lain-lain (Basic Tools)
- Manual kaedah pemasangan dan penjagaan Sistem Fertigasi

3. Kit Fertigasi Am
Kit Fertigasi ini mengandungi : - 1 helai Polibeg Putih 16x16cm
- 1 unit Pen Penitis 4/6mm (Pen Dripper)
- 1 unit Penyambung Tee Mikro 4/6mm (Joiner Micro Tee)
- 0.75m Tiub Po/i 4/6mm (PolyTube)
- 1m Tiub Po/i 16mm (PolyTube)

SISTEM PENGAIRAN

Apa Itu Sistem Pengairan ?
Merupakan satu sistem untuk membekalkan air kepada tumbuhan pad a bila-bila masa.
Mengapa?
Semua tumbuhan pada amnya memerlukan air yang mencukupi untuk tumbuh, membesar dan berbuah pada tahap yang terbaik. Nutrien atau baja merupakan perkara kedua.
Bagaimana?
Pelbagai kaedah telah di bangunkan dan di guna pakai. Antaranya :
1. Sistem Pengairan Titis ( Drip Irrigation System)
2. Sistem Pengairan Renjis ( Sprinkler I Spray Irrigation System)
3.Sistem Pengairan Kabus ( Fog I Mist Irrigation System) Sistem Pengairan Titis
Secara amnya, susun atur sistem pengairan titis adalah seperti rajah di bawah:



Sistem pengairan titis merupakan sistem pengairan paling efektif setakat ini. Air terus dibekalkan kepada akar pada kadar titisan purata 2 liter sejam ( 2 LPH). Disebabkan air dibekalkan secara titis, air akan meresap ke dalam tanah dan bukan melimpah di atas permukaan tanah.
Penerangan mudahnya, air di pam dari sumber air 7 ke penapis air 7 ke paip utama 7 ke paip sub 7 ke penitis air (dripper) 7 ke akar pokok.

KAEDAH PEMASANGAN FERTIGASI

Kaedah Pemasangan
Sebelum anda memulakan pemasangan sistem fert sila pastikan anda telah ada :
1. 10 beg media semaian. .. boleh dldapati dari nurseri tanaman.
2. 1 bekas yang boleh mengisi 4 liter air atau lebih.


Urutan Pemasangan
1. Isikan polibeg dengan media semaian pad a kadar 2/3 beg, jangan isi penuh.
2. Susun polibeg pada jarak yang anda selesa ( 80 em N 120 em ).
3. Rentangkan Tiub Poli 16mm seperti gambar.
4. Tebuk lubang pada Tiub Poli 16mm untuk Mikro Tee dengan penebuk lubang yang disediakan.
5. Masukkan Mikro Tee pada lubang tersebut.


6. Potong Tiub Poli 6mm sepanjang 75cm atau panjang yang anda selesa.
7. Masukkan hujung Tiub Poli 6mm kedalam salah satu hujung Mikro Tee.

8. Masukkan hujung Tiub Poli 6mm yang lain ke Pen Penitis.


9. Cucuk Pen Penitis kedalam media dalam polibeg.


10. Ulang proses di at as untuk semua polibeg.

Thursday, October 9, 2008

TEKNOLOGI TANAMAN TERBARU....sEjRaHnYa

SEJARAH....




Fertigasi: Maksud sebenar dalam sains pertanian “Cara Pemberian Makanan Kepada Tanaman”
Fertigasi Autopot bermaksud “ Kaedah terkini,iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrient diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan)”
Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation.Sistem Fertigasi iaiah satu daripada adalah cabang hairoponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro,hidropinik Aliran Dalam,hidroponik Aliran Cetek,hidroponik static,Aeroponik dan Pemercik Mikro. Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon,cili sayur strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat saperti pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah. Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 – RM 180,000 untuk kawasan seluas satu ekar.Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman diatas kawasan terbuka.Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun.Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah tanaman jenis Rock Melon,Chili, Dan Tomato kerana seiring dengan keadaan harga pasaranya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun. Timun jepun, Terung, Kacang Bendi, Kacang Panjang, Peria, Petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.
KELEBIHAN FETERGASI
1. Tanaman dapat dilindungi daripada hujan lebat yang boleh menyebabkan kerosakan fizikal pokok.


2. Penyakit yang biasanya merebak pada musim hujan saperti penyakit hawar (Phytophthora infestans)
pada tomato dapat dikawal.


3. Keberkesanan baja,kawalan racun perosak dan penyakit dapat ditingkatkan dengan berkesan.


4 Tenaga pekerja dapat digunakan dengan sepenuhnya walau pun pada musim hujan.


5 Mengurangkan kepanasan cahaya terik matahari pada kadar 20-30% dan ini menggalakkan pertumbuhan tanaman


6 Tanaman yang ditanamam dapat mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi sehingga 2-5 kali.

Wednesday, October 8, 2008

MENGHAPUSKAN RASA PANIK..!!



1. BERSEDIA
Cara utama untuk menghilangkan rasa panik sewaktu peperiksaan adalah dengan melakukan persiapan diri dan bersedia. Jika ilmu yang diturunkan oleh guru sudah cukup anda fahami, tentu rasa panik tidak akan timbul. Oleh itu, semakin menghampiri musim peperiksaan, giatkan lagi ulang kaji dan latihan. Petua ini harus dilakukan lebih awal pada musim pembelajaran. Jika masa sudah suntuk dan peperiksaan sudah mula menjenguk, cubalah buat persiapan semampu yang boleh. Janganlah menghadapi peperiksaan tanpa apa-apa persediaan.
Selain persediaan kefahaman pada subjek, anda juga harus menyiapkan diri secara fizikal dengan menjaga pemakanan dan menghindari aktiviti yang boleh menyebabkan kemalangan. Siapkan juga segala keperluan alat tulis dan lain-lain yang perlu ada di dalam dewan peperiksaan. Jangan suka bertangguh dan menunggu hingga saat akhir untuk bersiap, terutama untuk mengulangkaji. Tabiat suka berlengah akan membuatkan fikiran tertekan apabila waktunya mendekat, lalu menimbulkan rasa panik semasa menjawab soalan peperiksaan. Lagipun, mengulangkaji pada saat akhir akan membuntukan fikiran dan ilmu pun sukar diserap.

2. BERHENTI
Jika perasaan cemas dan tertekan muncul sewaktu anda mengulangkaji, berhentilah serta-merta. Jika anda sedang menjawab soalan di dewan peperiksaan dan tiba-tiba dilanda panik, berhentilah. Letakkan pen di sisi dan lupakan semuanya sebentar untuk memadamkan rasa panik. Tiada guna terus mengulangkaji atau menjawab soalan peperiksaan dalam keadaan begitu kerana anda sebenarnya tidak boleh berfikir dengan betul – dalam keadan gelisah atau tertekan. Sebelum situasi menjadi lebih teruk, berhentilah sekejap. Moga perasaan panik menjadi reda dan anda boleh menyambung ulangkaji atau menjawab soalan semula seketika kemudian.

3. BERTENANG
Panik menjadikan anda kaku dan pergerakkan otot seperti terkancing ketat. Untuk menghilangkan rasa cemas, cuba rehatkan fikiran dan bertenang. Sambil duduk, tegakkan badan dan pejamkan mata. Regangkan otot yang kejang dan cuba longgarkan setiap sendi. Barangkali anda boleh mengendurkan sendi leher dahulu, kemudianbergerak perlahan ke bahu, ke tangan, pinggang, kaki hingga ke buku lali. Lakukan sehingga seluruh tubuh rasa lega.
Sambil itu, buang segala masalah yang menghantui fikiran, kosongkan minda anda sebentar. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan melalui hidung. Ulangi berkali-kali. Bernafas dengan sempurna dapat menghilangkan rasa panic kerana dapat menyingkirkan korbon dioksida yang terkumpul di dalam tubuh yang akan merosakkan keseimbangan badan. Ambil masa sebentar untuk menenangkan perasaan. Apabila rasa panik reda, sambunglah mengulangkaji atau menjawab soalan peperiksaan.

4. BERDOA
Jangan lupa mengisi rohani apabila menghampiri musim peperiksaan. Berdoa dan melakukan ibadah harian juga dapat melupuskan rasa panik. Sebelum memulakan hari, berdoalah semoga hati ditenangkan dan diterangkan, serta ilmu mudah masuk ke dalam minda. Sentiasa berselawat dan melakukan solat hajat. Doakan kejayaan anda pada waktu peperiksaan dan doakan kecemerlangan dalam kehidupan yang mendatang. Elok juga anda mengambil wuduk sebelum mula mengulangkaji atau menduduki peperiksaan. Dengan hati yang bersih, nescaya perasaan anda akan turut berasa tenang.
Bagi mereka yang bukan beragama Islam juga digalakkan berdoa, memohon kejayaan mengikut agama anda. Selain mengisi ilmu di kepala, sentiasalah mencurah ketenangan di jiwa dengan mendekati agama dan melakukan ibadah mengikut kepercayaan masing-masing. Sesungguhnya, manisia bukan makhluk fizikal sahaja, kita turut mempunyai roh. Dengan batin yang terisi bersih, musim peperiksaan pun akan dihadapi dengan tenang.

5. BERSERAH
Anda harus berserah kepada Allah. Jika anda sedar ada kuasa yang lebih besar dan menentukan segala perkara di dunia bahawa semua di luar tangan anda, anda akan turut menyedari bahawa tiada gunanya berasa panik. Segala-galanya telah ditentukan oleh Allah dan akan mengikut ketetapannya. Yang harus anda lakukan ialah melakukan persediaan semampu boleh, menghadapi setiap cabaran dengan fikiran yang tenang, melakukan yang terbaik dalam ujian dan peperiksaan dan menyerah kepada Tuhan untuk memutuskan penyelesaiannya. Sesungguhnya, setiap apa-apa yang ditakdirkan ada hikmah dan kebaikannya.

Tuesday, October 7, 2008

KATA-KATA HIKMAT....

  • Hiburan itu tidak mesti membahagiakan tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan.
  • Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.
  • Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat.
  • Cinta pada bunga,bunga akan layu Cinta pada manusia,manusia akan mati TAPI Cinta pada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi.
  • Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dalam diri kelak.
  • Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.
  • MINDA KECIL berbicara tentang MANUSIA. MINDA SEDERHANA berbicara berkaitan PERISTIWA. MINDA BESAR berbicara tentang IDEA

Monday, October 6, 2008

salam muhibah

to all of my fwenz....